manfaat meneladani asmaul husna al-akhir

Manfaat Asmaul Husna

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Tujuan mempelajari Asmaulhusna:


1) Mengenali Allah dengan lebih sempurna sepertimana Allah memperkenalkan diriNya kepada kita yakni bukan sahaja Allah Yang Maha Perkasa, tetapi Allah juga bersifat Ar rahman, Ar Rahim, As Syakur dan sebagainya seboleh2nya kesemua 99 nama2 Allah itu difahami dengan sebenar2nya.

Benar Allah Maha dahsyat siksaNya tetapi DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dengan memahami asmaulhusna kita dpt mengenali Allah melalui sifat2Nya dengan tidak melihat daripada satu aspek sahaja seperti Allah Maha Membalas dan sebagainya.

Allah mencipta kita serba kekurangan dan kelemahan, jadi mungkin sesekali kita terlanggar larangan, tetapi kita tak boleh berputus asa sebab Allah telah menawarkan kpd kita keampunan.

2) Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya Allah memiliki 99 asma', sesiapa saja yang memelihara nama2 itu dia akan masuk syurga" (HR Bukhari dan Muslim).

Yang dimaksudkan "memelihara" itu ialah bukan setakat menghafal, membaca bahkan satu lagi inti ajaran agama (hakikat beragama) ialah berusaha bersungguh2 untuk berakhlak dengan sifat2 Allah (Bertakhalluk) atau meneladani.

Yakni kita hendaklah sedaya upaya kita meneladani 99 sifat2 Allah itu, contoh jika Allah itu Maha Pengasih; kitapun hendaklah pandai menunjukkan rasa kasih sayang kita kepada semua makhluk ciptaan Allah. Jika Allah as-Syakur; kita hendaklah berusaha untuk membalas setiap kebaikan orang kepada kita.

Semakin banyak sifat2 Allah kita contohi atau kita serap ke dalam diri kita, dalam kehidupan kita, semakin dekatlah kita dengan Allah. Ini bukan bermakna kita nak bersifat dengan sifat ZAT Allah. Mana mungkin! kita manusia yang Allah ciptakan nak bersifat seperti sifat zat Allah tapi kita kena meneladani sifat2 seperti contoh yang disebutkan tadi. Nabi kita digelar Al-Quran berjalan dan Allah juga mengiktiraf bahawa Nabi kita mempunyai akhlak yang agung, kerana apa? kerana baginda telah berakhlak dengan sifat2 Allah.

 Dengan memahami asmaul husna kita dapat mengEsakan Allah daripada sudut tauhid Uluhiyah, Tauhid asma wa sifatullah dan Tauhid Rububiyah Allah.
Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang diyakini bahawa setiap amalan kita (ibadah) dilakukan hanya kerana Allah, untuk Allah dan bagi Allah (SEMATA2 KERANA ALLAH). Wajib ditujukan hanya kepada Allah kerana DIA sahaja yang berhak menerima peribadatan hambaNya.
Tauhid asma wa sifatullah - Mesti meyakini hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat2 asmaul husnaErtinya mengesakan Allah dengan sifat-sifat atau nama-namaNya yang mulia contoh; jika Allah Maha Mengetahui, maksudnya hanya Allah satu-satunya yang mengetahui. Tidak ada selainNya yang mengetahui. Dengan ini dapat mengelakkan kita melakukan syirik dan tidak melakukan perkara2 yang membatalkan iman.
Manakala Tauhid Rububiyah: kita kena yakin bahawa Allah yang menjadi penyebab setiap kejadian. Adanya kita dan makhluk lain dan segala kejadian langit bumi dan isinya Allah yang menciptaNya. Jika Allah tiada, tiadalah segala2nya. Jadi jangan percaya apabila ada orang mengatakan bahawa jika buat sesuatu tidak ikut tarikh2 tertentu akan dapat akibat tak baik dan banyak lagi contoh yang seumpanya.
Asmaulhusna; bukan sebarang nama. Asma berasal dp perkataan ismun, makna asalnya TINGGI, jadi nama2 ini ialah sifat2 Allah penuh dengan kemuliaan, ketinggian dan keagungan. Nama yang Allah berikan menunjukkan hakikat nama tersebut, contoh : Langit Allah bagi nama SAMA' bermaksud tinggi. Hati pula Allah bagi nama Qalbun yang bermaksud berbolak-balik.
Nama2 makhluk ciptaan Allah, Allah ajarkan kpd nabi Adam as dalam surah al-Baqarah

"Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah [2] : 31)
Di sini Allah ajarkan kepada Nabi Adam as bukan setakat ini air, ini langit, tapi Allah ajar apa kandungan air, bila dipanaskan 100 darjah Celcius air mendidih dan macam2 pengetahuan sains (sunnatullah). Jika tidak bagaimana Allah nak jadikan Nabi Adam as sebagai khlifah di muka bumi.


Asmaul husna ini Allah perkenalkan kepada kita melalui ayat2 al-Quran.
4) Dengan mengetahui asmaul husna dapatlah kita menggunakan wasilah asmaul husna ini ketika berdoa:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan". (Al-A'araf [7] :180)
Bila kita berdoa menggunakan asmaul husna sebagai wasilah kita kena seru nama2 yang sesuai denga hajat kita. selepas menyeru nama2 asmaul husna ini kenalah berdoa sesuai dengan tujuan kita menyeru namaNya.
Sekian, mudah2an memberi manfaat.
manfaat meneladani asmaul husna al-akhir Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Bernard

Posting Komentar