Cahaya orang Mukmin di Dunia
Orang beriman adalah orang yang berada dalam naungan cahaya Allah azza
wa jalla. Wajah dan hatinya diliputi cahaya yang dapat dirasakan oleh
orang disekitarnya. Kata katanya mententeramkan dan menyejukkan hati,
perilaku dan ahlaknya menyenangkan orang disekitarnya. Dimanapun ia
berada selalu mendatangkan kedamaian dan ketenangan. Orang yang peka dan
terang hatinya dapat melihat cahaya yang terpancar dari wajah orang
mukmin ini.
Sebaliknya orang yang
tidak beriman pada Allah azza wa jalla berada dalam kegelapan. Wajah dan
hatinya diliputi kegelapan diatas kegelapan. Kata katanya menyakitkan
hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan bagi orang
disekitarnya. Hidupnya penuh kebohongan dan tipuan, kesana kemari
mengumbar syahwat dan kesenangan fatamorgana. Orang yang mengikutinya
sering terjebak kesenangan semu, yang berakhir dengan kesengsaraan dan
derita. Orang yang peka dan terang hatinya dapat melihat kegelapan wajah
orang ini.
Bacalah doa ini selepas setiap kali solat semuga Allah azza wa jalla mengurniakan cahaya Nur Allahi dan dalam satu hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW
mengajarkan kita untuk berdoa memohon cahaya pada Allah sebagai berikut:
Allahummaj al fii
Qolbi nuuron, wafii bashorii nuuron, wafii sam’i nuuron, wa an yamiinii
nuuron, wa an yasaari nuuron, wafawqii nuuron, wa tahtii nuuron, wa
amaamii nuron, wa kholfii nuuron, wajj allii nuuron
Ya
Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan
jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku
bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan
daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari
muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada
diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.
Doa Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul Hadis:
Aura Orang Beriman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
"Kalian adalah orang-orang yang memiliki CAHAYA MUKA, CAHAYA TANGAN
dan CAHAYA KAKI pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu'. Maka
barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan
CAHAYA PUTIH tersebut.
Walaupun cahaya dalam hadis di atas mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI perlu diingatkan bahawa beribadat semata-mata untuk mendapatkan kehebatan aura, boleh membawa kepada kesyirikan dan akan terpesong akidah. Tambahan pula dengan pengaruh tipudaya dan hasutan syaitan dan iblis yang sangat halus, sekiranya tidak berpegang kuat kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
Sekian Wasallam.
Posting Komentar